Jumlah Lawatan KORANG ! Lawat BANYAK2 Lagi Tau!

Panduan Bertudung yang Betol Dan 4 SEBAB yang korang cakap " TAK PAYAH PAKAI TUDUNG LA!"




Asalamualaikum!!



sempena hari khamis yang indah nie aku nak kongsikan satu artikel ngan korang.. boleh? sebenarnya atrikel ni dah lama terperam kat folder lama aku.. aku dapat time study dulu.. dah tak ingat dah dapat dari mana? dulu reti donload je untuk personal.. maafkan aku.. :( (kira halal la ye.. )





memakai tudung/ menutup aurat sebenarnya tak mudah.. tudung bukan semata-mata menutup kepala bagi mereka yang memahami maksud sebenar hadis.. tapi menutup aurat dan anggota tubuh yang berkaitan. Allah menurunkan peringatan kewajiban menutup aurat ni sebenarnya untuk menolong dan melindungi kaum wanita.. tengok! betapa sayangnya ALLAH pada kita?? namun ada je alasan yang membuatkan seseorang tu malas bertudung.. dan bagi aku tu alasan tu tak munasabah dan mengade-ade..



1. Aku tau ni wajib tapi pakai nanti-nanti je la.. kalau dah naik haji or after kawen je pakai.



- bila tanya ko ni Islam ke tak? konfem jawab ya. percaya Nabi dan Rasul? pon jawab ya. tapi bila tanya nape tak pakai tudung? ko jawab nanti. itu pon kalau ko hidup esok. bukankah memakai tudung tu Wajib hukumnya.. so? kesimpulannya.. ko percaya akan Islam dan meyakini ajarannya..tapi nape tak melaksanakan hukum dan perintahnya?? tepuk dada.. sakit der....



2. Panas weh!



- kalau ada orang yang bagi alasan camni.. senang je.. mana yang lebih panas.. "api neraka ke or panasnya mentari??"



- Allah SWT memberikan perumpamaan dengan mengatakan; “api neraka jahannam itu lebih lebih sangat panas(nya) jikalau mereka mengetahui..”(QS At-Taubah : 81). cammnalah kita nak membezakan panas kat dunia ni dengan panas di neraka jahannam?



3. Takut tak tetap pendirian



- bila tengok ramai orang yang kejap pakai tudung kejap tak pakai, membuatkan hati bercelaru. takut jadi benda yang sama kat diri sendiri.. tapi kalau hati teguh memegang petunjuk dan merasakan manisnya iman, kita tidak akan meninggalkan sekali pun perintah Allah SWT setelah kita melaksanakannya. ada faham sayang-sayangku sekalian??



4. Takut tak dapat jodoh



- yelah bila tengok wanita lain dengan rambut panjang mengurai.. indah terawat.. siap kaler-kaler lagi.. hati lelaki mana yang tak suka? banyak persaingan woooo.. if ko pakai tudung, lelaki kat luar sane tu takkan tau rambut ko cantik ke tak? entah-entah botak. or ade KUTU? manelah tau kan??ni lah alasan paling tak leh nak pakai.. pernah dengar hadis ni "lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitu juga sebaliknya??"



- bila ada suami yang tak suka bila kita memakai tudung, konfem suami tu jenis yang tak peduli pada perintah agama dan bukan suami yang baik. Dia adalah suami yang takde perasaan untuk melindungi dan menjaga perintah Allah SWT, dan jangan pernah harap suami jenis ini yang akan menolong kita menjauhi api neraka, apatah lagi memasuki syurga Allah SWT.





aku ni pon taklah perfect sangat kot.. masih still belajar. dan semoga masih ada peluang untukku untuk terus belajar.. entri ni bukan untuk menggurui sesiapa. hanya untuk berkongsi rasa dan kasih sebagai sesama orang Islam.. *toink!



copy n paste dari http://idafirdausi79.blogspot.com/2011/06/4-bukan-alasan-tak-pakai-tudung.html

Ben Ashaari ajak tukar link ?

Eh ada tanda soal (?) . Ini ayat tanya ke ayat penyata ? Dua dua pun boleh guna . Boleh diaplikasi seperti ini ;

Ben Ashaari ajak tukar link ?
Ini ayat tanya . Macam gosok gosok mata tidak percaya . Eh, Ben Ashaari ajak tukar link ? Eh eh? Biar mangga!

Faham tak penggunaan tatabahasa pertama ?

Kedua

Ben Ashaari ajak tukar link .
Ini ayat penyata . Kena guna antonasi suara yang mendatar . Faham tak ?
Penerangan : Ben Ashaari ajak tukar link . Betul . Dia ajak tukar link. Eh, kau faham tak ni ?

Sejujurnya aku bukan jenis yang rajin sangat nak join contest , segmen , giveaway , bloglist semua ni . Tapi baru baru ni macam perasaan nak bermasyarakat tu memuncak pulak . Jadi apa kata join segmen Ben Ashaari . Ye dak ?

Jadi kalau kau rasa macam nak join juga , apa kata pergi klik banner bawah ni . Tak susah pun weh , kelik je . Tak lenguh kaki pun .


Santai Bersama BEN ASHAARI

di copy and paste dari http://gengblogger.com/v/503099

Mana Satu Ending Nora Elena Yang Korang Suka?








As salam readers...fuhhh, drama Nora Elena bakal tamat dalam bebrape jam sahaje lagi. Maka, akan tamatlah fenomena menonton tv di waktu maghrib di kalangan yang menontonnya, begitu juga nama Seth Tan akan hilang sebagai lelaki paling romantik dalam dunia....tiada lagi bunga-bunga segar, penuh satu boot kereta, tiada lagi scene dukung isteri dan tiada lagi timbul isu NORA ELENA: WANITA YANG TIDAK TINGGAL SOLAT TAPI SELALU PAKAI SKIRT
 
 
 
Memandangkan Nora Elena akan menamatkan siarannya beberape jam lagi, apakah yang akan berlaku kepada Nora Elena? Seth Tan dan Yvone yang kejam nak mampos tu? Adekah bahagia akan berada di pihak Nora Elena dan suaminya, Seth Tan? dan Yvone akan terus gigit jari kerane usahanya sia-sia? Adekah ending cerita ni versi drama akan sama seperti novel? Sebenarnya, ade kejutan yang dilakukan oleh pihak produksi dengan menukar ending cerita Nora Elena untuk mendapatkan impak yang lebih mendalam kepada rakyat Malaysia! Biar kasik leleh air mata! Nora Elena akan mati di akhir cerita!





Ya, ini bukan rekaan, ini adelah kebenaran! Tidak semue cerita memerlukan happy ending bukan? Tetapi, yang menjadi persoalan di sini, bagaimanakah Nora Elena mati? Adekah seperti berikut:



  • A. Nora Elena dibunuh dengan kejam oleh Yvone yang berkomplot dengan suami si Nilawati, Khairul Haramjadah kaki pukul tu...
  • B. Eid kembali ke tanah air untuk membalas dendam kesumat dengan menembak Seth Tan, tetapi malangnya, Nora Elena yang terkena peluru tersebut ketika cuba menyelamatkan suaminya....tragis sungguh!
  • C. Nora Elena meninggal kerana ketika melahirkan anaknya dan Seth Tan memberikan nama anaknya juga Nora Elena untuk memperingati isterinya yang tercinta. Akhirnya, Seth Tan bahagia dengan Nora Elena, iaitu anaknya buat selamanya...



So, mane satu ending pilihan korang? Dan yang pasti, ending drama Nora Elena tidak sama seperti di dalam novel dimana, akan ade adegan Nora Elena akan panggil Seth Tan baboonnn dan mereka pun bahagia...Korang bayangkan , kalau ending drama same dalam novel, takdelah unsur suspen bagi yang telah bace novel kan? Mesti nak ade twist sikit. Baru ade umphhh!





Nak tahu mane satu kesudahan episod terakhir Nora Elena? sama-sama kite saksikan...dan yang penting, luangkan sedikit masa untuk beribadah dan membaca yassin kerana malam esok, malam jumaat. Nora Elena, Nora Elena jugak, ibadah jangan lupe...Dan yang penting, nanti bile dah habis Nora Elena nanti, tengok credit last sekali, ala, yg senarai name krew tu. Korang tengok name pengarah die siape...Kalau name pengarah: Falihin Jasmi, betullah tu...


sumber: SINI
credit to : http://www.gengblogger.com/v/502897

p/s: sekian, terima kasih...

NORA ELENA : WANITA YANG TIDAK TINGGAL SOLAT TETAPI SELALU PAKAI SKIRT?





Assalam readers...mungkin kali ini entry aku agak sensitif...tetapi aku hanya nak berikan pendapat aku sahaja...Drama bersiri Nora Elena yang semakin mendapat sambutan hangat di kalangan penggemar drama-drama melayu. Watak Nora Elena menjadi idaman setiap lelaki, manakala keromantikkan Seth Tan pula berjaya mencairkan ramai hati wanita dan perempuan, termasuklah yang telah berumah tangga...


credit to :http://falihinjasmy.blogspot.com/2011/06/nora-elena-wanita-yang-tidak-tinggal.html



Memang tak dinafikan drama ni mempunya daya tarikan yang tersendiri di mana diangkat kisahnya dari sebuah novel Kasih Yang Suci. Memang aku minat betul si Nora Elena ni...selepas fenomena Nur Amina dalam Nur Kasih yang telah berjaya menambat hati aku dan ramai lelaki-lelaki lain sehingga mencetuskan fenomena tudung Nur Kasih, seperti mana tudung yang dipakai Nur Amina....





But for now, Nora Elena memang tengah in...nasiblah watak si Nora Elena ni tak pakai tudung, kalau tak, mesti keluar punyelah tudung Nora Elena...tapi, kalau korang perasan kan, watak si Nora ni digambarkan sebagai yang tidak tinggal solat dan perlu membimbing suaminya yang seorang Cina Muslim...tetapi, watak si Nora ni pulak, selalu je pakai skirt, tak kire lah atas or bawah lutut....aku pun perasan bile ade sorang kawan aku post pasal ni dekat status FB die...





Pada aku lah, kemungkinan si Nora Elena ni selalu pakai skirt sebab:



  • Tugasnya sebagai seorang secretary kepada bos yang bukan beragama Islam. Mungkin kerana tuntutan kerja.
  • Mungkin si Nora Elena ini akan bertudung di pengakhiran cerita kot...ala, macam cerita Asmara tu, dalam Asmara satu, isteri Asmara tak pakai tudung, Asmara 2 dah pakai, baru ade perubahan yang akan diberikan kepada penonton.
  • Nak bagi contoh di mana, bukan semua orang yang tak menutup aurat tidak solat dan sebaliknya, tetapi lebih baik jika melakukan segala yang dituntut agama kan?
  • Nak menguji kepekaan penonton terhadap watak Nora Elena, dari segi perwatakan, pakaian dan perbuatan.
  • Si Nora ni belum dapat hidayah dalam cerita ini dan mungkin di pengakhiran cerita akan ada kejutan si Nora ni bertudung...maka akan gembiralah sekalian pengusaha2 tudung di luar sana untuk mengkomersilkan tudung Nora Elena...hahhaha



Kan bagus die pakai tudung, sebab time die sekolah pakai tudung kan? Ape-pe pun, watak Nora Elena hanya satu rekaan semata-mata, hanya di layar kaca. Begitu juga watak Seth Tan, yang telah berjaya membuat ramai perempuan berangan nak suami seromantik macam Seth...nak bunga dari cameron penuh satu boot kereta...hahaha...harap impian korang jadi kenyataan la ye...



Pergh,...kalau macam ni Nora kan best....hehehe


Ape yang boleh aku simpulkan di sini, kita ambil yang mana baik, dan yang tak baik tak payah lah nak ikut...nanti mesti ade orang comment macam ni: "Ala... si Nora Elena tu pun watak je pun, bukan nye real,"....ye, memang tak real, tapi ape yang kite lihat, itulah realiti...kan lebih cantik kalau pakai long pants ke kan...dan mungkin ade yang akan comment,"Kau memang saje je kan, bende kecik pun nak kecoh,"...pada aku, bende kecik ni lah sebenarnya yang besar pada hakikatnya...jangan dipandang remeh perkara seperti ini...oh Nora Elena ! Adekah Islam hanya pada IC???




As salam readers...mungkin kali ini entry aku agak sensitif...tetapi aku hanya nak berikan pendapat aku sahaja...Drama bersiri Nora Elena yang semakin mendapat sambutan hangat di kalangan penggemar drama-drama melayu. Watak Nora Elena menjadi idaman setiap lelaki, manakala keromantikkan Seth Tan pula berjaya mencairkan ramai hati wanita dan perempuan, termasuklah yang telah berumah tangga...





Memang tak dinafikan drama ni mempunya daya tarikan yang tersendiri di mana diangkat kisahnya dari sebuah novel Kasih Yang Suci. Memang aku minat betul si Nora Elena ni...selepas fenomena Nur Amina dalam Nur Kasih yang telah berjaya menambat hati aku dan ramai lelaki-lelaki lain sehingga mencetuskan fenomena tudung Nur Kasih, seperti mana tudung yang dipakai Nur Amina....





But for now, Nora Elena memang tengah in...nasiblah watak si Nora Elena ni tak pakai tudung, kalau tak, mesti keluar punyelah tudung Nora Elena...tapi, kalau korang perasan kan, watak si Nora ni digambarkan sebagai yang tidak tinggal solat dan perlu membimbing suaminya yang seorang Cina Muslim...tetapi, watak si Nora ni pulak, selalu je pakai skirt, tak kire lah atas or bawah lutut....aku pun perasan bile ade sorang kawan aku post pasal ni dekat status FB die...





Pada aku lah, kemungkinan si Nora Elena ni selalu pakai skirt sebab:



  • Tugasnya sebagai seorang secretary kepada bos yang bukan beragama Islam. Mungkin kerana tuntutan kerja.
  • Mungkin si Nora Elena ini akan bertudung di pengakhiran cerita kot...ala, macam cerita Asmara tu, dalam Asmara satu, isteri Asmara tak pakai tudung, Asmara 2 dah pakai, baru ade perubahan yang akan diberikan kepada penonton.
  • Nak bagi contoh di mana, bukan semua orang yang tak menutup aurat tidak solat dan sebaliknya, tetapi lebih baik jika melakukan segala yang dituntut agama kan?
  • Nak menguji kepekaan penonton terhadap watak Nora Elena, dari segi perwatakan, pakaian dan perbuatan.
  • Si Nora ni belum dapat hidayah dalam cerita ini dan mungkin di pengakhiran cerita akan ada kejutan si Nora ni bertudung...maka akan gembiralah sekalian pengusaha2 tudung di luar sana untuk mengkomersilkan tudung Nora Elena...hahhaha



Kan bagus die pakai tudung, sebab time die sekolah pakai tudung kan? Ape-pe pun, watak Nora Elena hanya satu rekaan semata-mata, hanya di layar kaca. Begitu juga watak Seth Tan, yang telah berjaya membuat ramai perempuan berangan nak suami seromantik macam Seth...nak bunga dari cameron penuh satu boot kereta...hahaha...harap impian korang jadi kenyataan la ye...



Pergh,...kalau macam ni Nora kan best....hehehe


Ape yang boleh aku simpulkan di sini, kita ambil yang mana baik, dan yang tak baik tak payah lah nak ikut...nanti mesti ade orang comment macam ni: "Ala... si Nora Elena tu pun watak je pun, bukan nye real,"....ye, memang tak real, tapi ape yang kite lihat, itulah realiti...kan lebih cantik kalau pakai long pants ke kan...dan mungkin ade yang akan comment,"Kau memang saje je kan, bende kecik pun nak kecoh,"...pada aku, bende kecik ni lah sebenarnya yang besar pada hakikatnya...jangan dipandang remeh perkara seperti ini...oh Nora Elena ! Adekah Islam hanya pada IC??

OH TIDAK! HARGA TOPUP NAIK 6 PERATOS MULAI 1 JULAI 2011 !!!




credt to http://www.gengblogger.com/v/502922

Sebelum ini isu kenaikan harga barangan sering kita dengar dan alami. Setiap kenaikan harga barangan seperti barangan runcit, perkhidmatan mahupun bahan asli seperti petrol sememangnya sangat menyakitkan khusunya yang berpendapatan rendah dan sederhana.


Namun begitu, baru-baru ini desas-desus yang mengatakan harga topup akan dinaikkan semakin menjadi persoalan. Akhirnya, dengan keputusan muktamad, pada 1 JULAI 2011 nanti, setiap topup pada semua rangkaian telco di Malaysia tidak kira CELOM, MAXIS mahupon DIGI akan dikenakan cukai kerajaan sebanyak 6 peratus!



Sebagai contoh, jika kita membeli topup yang bernilai RM10 maka bermula 1 JULAI 2011 kita akan membeli dengan harga RM10.60! Begitu juga dengan nilai topup seperti RM5,RM30,RM50 ataupon RM100!



Perkara ini disahkan oleh 'orang-orang besar' setiap telco berkenaan. Pengarah dan pegawai eksekutif setiap syarikat telekomunikasi tersebut telah berunding dan bersetuju dengan perlaksanaan tersebut. Tambah lagi, setiap pengguna prepaid di Malaysia akan menerima satu SMS berkaitan kenaikan harga topup itu pada telepon bimbit masing-masing. Dijangka kita akan menerima pada tarikh 25,26,27 dan 28 JUN 2011.



Maka dengan itu bermulalah satu lagi beban yang akan ditanggung oleh rakyat Malaysia. Oleh itu, sama-sama kita nantikan tentang kebenaran laporan ini. Penantian suatu penyiksaan...



p/s:Dah siap beli topup RM10 sebanyak 100 keping tadi..hehehe

Website KERAJAAN MALAYSIA KENE HACK!!




 credit to: http://kehidupanseorangbujang.blogspot.com/2011/06/geng-godam-web.html

Hati-hati semua..ini sisipan dari Berita Online... (Merujuk kpada laman rasmi Kerajaan Malaysia yang dah down ni http://www.malaysia.gov.my/)





  • Lebih 10 laman sesawang agensi kerajaan 'diserang'







  • Anonymous bantah sekatan laman perkongsian fail








  • PUTRAJAYA: Sekurang-kurangnya 10 laman web agensi kerajaan, termasuk Jabatan Pengajian Politeknik di Kementerian Pengajian Tinggi, Tourism Sabah dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah digodam penyerang siber pagi semalam, bagaimanapun berjaya dipatahkan dan dipulihkan menjelang petang. Berikutan serangan itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan semua agensi kerajaan supaya bersiap sedia dan mempertingkatkan keselamatan laman web masing-masing bagi tempoh 36 jam akan datang.

    Amaran itu dikeluarkan berikutan ancaman sekumpulan penggodam antarabangsa menggelar diri mereka 'Anonymous', yang mahu menyerang portal kerajaan, www.malaysia.gov.my melalui 'Operation Malaysia' pada jam 3.30 pagi ini dengan alasan kerajaan mengenakan tapisan terhadap internet dan menyekat 10 laman perkongsian fail.

    Difahamkan, laman web Tourism Sabah, UiTM Sabah dan Jabatan Pengajian Politeknik digodam pada jam 10 pagi dan kembali pulih selepas jam 3 petang semalam.

    Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab, berkata semua cubaan menggodam itu berjaya dipatahkan berikutan arahan berjaga-jaga yang dikeluarkan kepada semua agensi sejak kelmarin, selain persiapan awal yang dibuat untuk menghadapinya.
    "Bagaimanapun, tempoh ancaman belum berakhir, jadi kita mahu semua agensi kerajaan terus mempertingkatkan keselamatan laman web masing-masing bagi tempoh 24 hingga 36 jam ini," katanya ketika dihubungi, semalam.

    Ditanya sama ada kerajaan bercadang menutup semua sistem komputernya hari ini berikutan ancaman itu, Thajudeen berkata, kerajaan tidak akan mengaku kalah kepada penggodam, sebaliknya sudah mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi mereka.

    Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan cubaan godam yang dilakukan semalam adalah berskala kecil atau dilakukan penggodam tempatan.

    Dalam pada itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) juga sudah bersiap sedia menghadapi ancaman siber berkenaan serta yakin berupaya menangkis cubaan mereka.

    Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan semalam, berkata mereka sudah menyelaras strategi bersama semua agensi kerajaan berkaitan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

    "Sebelum ini pun ada serangan siber dilakukan terhadap laman web kerajaan tetapi kita (SKMM) dapat memulihkannya dengan pantas kerana sudah ada mekanisme dan prosedur bagi menanganinya.

    "Bagaimanapun, SKMM akan terus berjaga-jaga terhadap sebarang ancaman siber bagi memastikan keselamatan maklumat dan rangkaian perhubungan demi integriti pelanggan di Malaysia," katanya.

    Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Leftenan Kolonel (B) Datuk Husin Jazri, dalam satu kenyataan berasingan berkata, pihaknya memandang serius ancaman itu dan menganggap kebarangkalian ia berlaku adalah tinggi.

    ‘Anonymous' dikesan pegawai sebuah syarikat perisian keselamatan di Finland dan makluman mengenainya dibuat pada jam 4.42 pagi Selasa lalu.

    Minggu lalu, 'Anonymous' melancarkan DDoS atau 'distributed denial of service' terhadap laman web Kerajaan Turki sebagai bantahan terhadap rancangan kerajaan itu untuk memperkenalkan penapisan internet.

    Hujung minggu lalu pula, laman web Senat Amerika Syarikat diceroboh kumpulan penggodam Lulz Security tetapi gagal melepasi 'firewall' untuk memasuki rangkaian laman web yang lebih sensitif.

    Sementara itu, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata semua tindakan yang sewajarnya sudah diambil bagi menghalang cubaan menyerang laman web kerajaan.

    "Kita sudah memaklumkan perkara (serangan) ini kepada semua pihak berwajib, dan kita telah mengambil tindakan pencegahan yang perlu menerusi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), SKMM dan semua agensi yang bertanggungjawab mengenai keselamatan siber," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Penulis Blog dan Media Sosial Sedunia 2011 di sini, semalam.

    Rais menjelaskan Malaysia tidak pernah mengenakan sekatan internet tetapi akan mengambil tindakan terhadap mana-mana laman web yang mengandungi unsur jenayah.

    "Saya rasa mereka tidak faham niat baik kita. Kita tidak ada sekatan tetapi apabila berlaku jenayah siber, mekanisme itu (sekatan) akan digunakan," katanya.

    Beliau berkata, semua laman web yang berkenaan (disekat) boleh merayu kepada SKMM agar sekatan itu ditarik balik, bagaimanapun setakat ini suruhanjaya itu tidak menerima sebarang rayuan.



    <><><><> <><><><> <><><><> <><><><><>
    P/S: Wei , kalo korang nak tau lebih lanjut, pergi kt video ni http://world.yes.my/?q=ytlc&id=511 ni video hacker2 tersebut..
    Kalo tak pon korang pegi kat blog post aku yang seterusnya. Tentang gengblogger.com yang takde kene mengene pon dgn kerajaan Malaysia tapi kene hack gak..











    DAH SAH SAH GENGBLOGGER.COM KENE HACK!!


    dont focus on popular blogger only. promote them too :) listblog

    Im not anonymous. Im adam oscar dimarco

    I've been here before. Remember Me?

    __________________________________________________________________________________


    Punyalah terkejut beroknye aku ni bila aku bangon pagi2 nak bukak gengblogger tetiba nampak benda alah ni pulak!

    Peh gila lah! GENGBLOGGER KENE HACK BEB!

    Aku pon pandai komputer gak jd aku boleh la jugak ping blog kt gengblogger dan pergi forum.
    Korang jangan pergi kt http://www.gengblogger.com/  , tapi korang pergi lah kat sini , http://www.gengblogger.com/rumah

    Ha.. memang BANGANG jugak la sebab aku tengok takde sapa pon yang online kecuali aku sorang.
    Bapak bengap betul la sapa yang hack gengblogger ni. Apahal la..nk hack pon pergi la hack maybank2u ke, mybsn ke. Ko hack GENGBLOGGER , apa yang ko dapat?

    Geram betol aku..aku nk join gengblogger semata2 nak dapat traffik, alhamdulillah selepas aku antar 60 post barulah dapat traffik 1000 lebih.. tp budak2 gengblogger pon ada yg tak suka aku :(
    So korang geng-gengblogger yang dah baca blog post ni sama ada rela, terpaksa , sengaja atau tidak, korang kena layan dgn baik kat aku lepas ni, sbb aku dah ajar korang macammana nak pergi "rumah" gengblogger tu.. "rumah" gengblogger tu blom kene hack kan :P

    So korang bagi komen kat sini. Kita bincang , apa yang kita nak buat kat mamat yang da hack gengblogger.com kita tu.

    UPDATE:
    WEI KORANG PERGI LINK NI! NI LA VIDEO HACKERNYE!
    http://world.yes.my/?q=ytlc&id=511

    Rossa Ciplak Lagu Ella...bgos sangat la tu..


    Salam semua


    Lagu ciplak? Apa kes ni?
    Cuba korang dengar! KU MENUNGGU by ROSSA

    Rossa - Ku Menunggu - 2010


     

    Haaaa.....sama tak sama tak dengan lagu KU MERINDU by Shah ft. Ella?
    Ella Feat. Shah - Ku Merindu - 2008


    dari http://lostcharmedangel.blogspot.com/2010/12/rossa-ciplak-lagu-ella-wow-hot.html














    Sama laaa beb! Adoyai..... ni yang tak best ni..... Aku tak tau laa sapa tiru sapa... atau sapa ciplak sape. Tapi bab tiru meniru ni amalan tak mulia beb. Lagi-lagi aku ni sekarang dalam mood peperiksaan. Memang kena kick laa sapa-sapa yang tiru ni....


    Sebab setahu aku satu masa dulu pun kecoh jugak kes lagu Fauziah Latiff- Setia Kukorbankan yang mana lagu dia cedok lagu si Mariah Carey, My All. Memanglah minah omputeh tu tak tau sebab dia bukannya dengor lagu orang Malaysia ni, tapi peminat & pendengar tau kot. Bukannya rakyat Malaysia ni deaf tone kan....







    Tak salah kalau kita nak dapatkan idea daripada lagu-lagu lain.Tapi tak bestlah kalau cedok,copy & paste. Takde variasi dan tak nampak laa perkembangan dunia seni tanah air. Korang pun mesti marahkan kalau hasil kerja korang ditiru walaupun sikit-sikit. So elakkan laa plagiarism! Amalkanlah hasil kerja & karya yang bermutu fresh dari ladang!!!! Oooopsss tiru gaya Nabil plak! hehehe... ini bukan plagiat ye!

    dari:http://coklateyes.blogspot.com/2010/11/rossa-ciplak-lagu-shah-ella.html


    P/S: Ye aku tahu citer ni dah lama...tapi aku saja je nak citer sebab aku tetiba ingat kt diorang lak.ahhaha.

    hamba zaman sekarang

    "Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

    Wahai sahabatku..

    Assalamualaikum..

    Allah swt berfirman: "Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku." (Adz-Dzariyat/51: 56).

    Ayat ini mengisyaratkan bahwa tujuan kita diwujudkan dan dihidupkan di dunia tiada lain kecuali untuk beribadah kepada Allah swt.

    Itulah tujuan hamba diciptakan.

    Tetapi kita jenguk kembali kepada SEBAHAGIAN hamba – hamba Allah zaman sekarang… Saya tidak mengutuk , mengumpat , mencaci , menghina , dan mengejek, tetapi hamba Allah sekarang khususnya yang MELAYU ini sudah banyak tersasar dari tujuan hidup manusia yang sebenar.. Bunuh , buang bayi , berzina , minum arak , judi , 'clubbing' , belasah orang , onani , rempit , mencuri dan merompak seakan – akan sudah biasa dalam kehidupan hari ini. Setiap hari di akhbar, ada sahaja isu – isu yang demikian. Inilah realitinya , HAMBA ZAMAN SEKARANG.

    Persoalannya , adakah tidak boleh perkara ini dihentikan?-

    Ada ramai rakan – rakan sebaya saya mahupun ibu bapa saya sendiri nyatakan , bagaimana hendak hentikan jika PENGARUHNYA sentiasa ada di mana – mana. Jangan kata pengaruh rakan sebaya, pengaruh di televisyen , wayang dan internet itu sendiri bagaimana?

    Sudah tentu ramai orang yang anggap movie/filem REMP – IT , BOHSIA , KONGSI , AKU MASIH DARA , KL DRIFT mahupun KL GANGSTER itu filem yang amat menghiburkan dan banyak aksi – aksi menarik . Tetapi bagaimana pula dengan pengaruhnya  kepada pemikiran remaja? 
    Adakah filem – filem tersebut sebenarnya tidak MENGGALAKKAN malah MENGAJAR remaja – remaja ini untuk terpengaruh dan mengikut langkah watak dalam filem tersebut? Fikir – fikirkanlah..

    Internet pula , kita tak perlulah berdebat mengenai keburukannya. Laman – laman lucah yang wujud tidak dapat disekat sepenuhnya. Sesiapa sahaja boleh akses laman – laman tersebut. 


    Malah yang menyedihkan lagi , ada pula HAMBA – HAMBA ALLAH yang sanggup merakam aksi – aksi lucah mereka , aksi – aksi asmara mereka, atau aksi – aksi PERZINAAN mereka dan memuat naik di internet untuk dijadikan tatapan ramai. 
    Seperti HILANGNYA maruah dan HARGA DIRI pada diri seseorang. 

    Lebih SATU PERTIGA daripada seluruh pelajar perempuan di Malaysia telah kehilangan DARA sebelum mereka berkahwin. 

    Kenapa boleh jadi begini? Adakah mereka lupa tujuan mereka di wujudkan? Adakah mereka lupa janji – janji mereka sebelum mereka diberi nyawa kehidupan? Janji yang dipaterikan di dalam ayat iftitah..:


    Fail:DaniAsh Doa+Iftitah.gif
    Terjemahan
    Allah Maha Besar sebesar-besarnya.
    Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya.
    Dan maha suci Allah siang dan malam.
    Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi,
    aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah.
    Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam.
    Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).




    Bayangkan, di hari kiamat kita menghadap Allah Subhaanahu Wa Taala dan ditanya dosa yang telah kita tinggalkan selama sepuluh tahun ( tidak masuk lagi dosa yang kita tetap lakukan sehingga kita mati ) , dan kita pun telah melupakannya. Lalu kita menjawab,
    "Wahai Tuhanku, aku telah meninggalkan dosa itu, aku telah melupakannya. " 



    Tetapi sudahkah ia bertaubat? Belum!

    Maka firman Allah (artinya), "Pada hari ketika mereka dibangkitkan Allah semuanya, lalu diberitakan- Nya kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan. Allah mengumpulkan (mencatat) amal perbuatan itu, padahal mereka telah melupakannya. Dan Allah Maha menyaksikan segala sesuatu." (QS. Al Mujâdalah: 6).



    Allah Subhaanahu Wa Taala juga berfirman (artinya), "Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata, "Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang jua pun." (QS. Al Kahfî: 49).



    Perhatikanlah pula firman Allah berikut ini, artinya: "Katakanlah, "Hai hamba-hamba- Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri. Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Mahapengampun lagi Mahapenyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)." (QS. Az-Zumar: 53-55).

    Marilah kita bertaubat, supaya jangan ada yang berkata ketika ia melihat azab, "Kalau sekiranya aku dapat kembali (ke dunia), niscaya aku akan termasuk orang-orang yang berbuat baik". QS. Az-Zumar: 58).



    Perhatikanlah ayat berikut ini (artinya), "Dan pada hari kiamat, kamu akan melihat orang-orang yang berbuat dusta terhadap Allah, mukanya menjadi hitam. Bukankah dalam neraka Jahannam itu ada tempat bagi orang-orang yang menyombongkan diri?" (QS. Az-Zumar: 60).


    Di hari kiamat, kita akan melihat wajah hitam orang yang enggan bertaubat dan tunduk pada Allah Subhaanahu Wa Taala. Perhatikanlah, mengapa mereka dikatakan orang sombong? Karena ia enggan bertaubat. Padahal Allah Subhaanahu Wa Taala berjanji akan mengampuni segala macam dosa. Betapa kesombongan telah menghancurkannya karena menolak taubat.


    Kemudian, resapilah keindahan susunan Al Qur'an ini: "Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang menyucikan diri." (QS. Al Baqarah: 222).


    Renungkanlah, Allah Subhaanahu Wa Taala akan mencintai kita, kalau kita mahu bertaubat. Allah Subhaanahu Wa Taala berfirman (artinya), "Dan Allah hendak menerima taubatmu…." (QS. An-Nisâ: 72).


    Lihatlah! Apa yang Allah inginkan dari diri kita? "Dan Allah hendak menerima taubatmu…." Allah menghendaki manusia bertaubat, tetapi pengikut hawa nafsu enggan bertaubat.
     


    Jika kita enggan bertaubat, maka Allah Subhaanahu Wa Taala akan menegur, "Dan barangsiapa tidak mahu bertaubat, maka ia termasuk orang yang berbuat zalim." (QS. Al Hujurât: 11).



    Hamba zaman sekarang , lihatlah , renung-renungkan lah..taubatlah sebelum terlambat.. Allah Maha Pengampun, sudah tentu Dia akan memaafkan kita tak kira besar mana pun dosa kita. Jangan berputus asa dari rahmat keampunan Allah. Lakukanlah setiap ibadat dengan ikhlas kerana Allah. Jika kita ingin membuat dosa dan maksiat , ingatlah mati. Sesungguhnya kita akan rasa takut..apa yang akan berlaku jika kita mati ketika kita lakukan dosa tersebut? Ke mana kita akan pergi ? Renung – renungkanlah.. dan selamat beramal ...





    Saya di sini memohon 1000 kali kemaafan kepada Hamba Ilahi Bernama Mohd Naimul Firdaus kerana menulis entri yang terlalu panjang. Inilah sifat saya , sekali menulis tidak akan berhenti :)


    Saya menulis post entri ini kerana dorongan beliau yang menganjurkan peraduan di blog beliau , Hamba Ilahi Bernama Mohd Naimul Firdaus .
    Saya sebenarnya baru sahaja menjadi pembaca tetap blog Hamba Ilahi Bernama Mohd Naimul Firdaus sejak beliau mempromosikan blognya di gengblogger.com . Di dalam blog beliau terdapat pelbagai entri yang menarik , bukan sahaja dari topik berkaitan keagamaan, malah tips - tips hebat dan isu - isu semasa turut diketengahkan  .


    Dengan ini juga , saya ingin mengajak anda semua untuk turut  sama-sama serta ke peraduan ini khususnya:
    ~ Steps
    ~ dunia merepekku
    ~ mello
    ~ wany si kechik cinonet
    ~ colour of life..




    Terima kasih kerana sudi membaca.

    (18 SX!) Apa pendapat korang? Lawak ni LUCAH KE TAK?












    Share this lawak tau! :)





    Bantahan Terhadap Siri Drama NORA ELENA






    Nowa,

    Kakitangan Kajaan,

    Putrajaya



    TV3

    Sri Pentas,

    No 3, Persiaran Bandar Utama

    Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya



    Tuan,



    Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena



    Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.



    2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.



    i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu. Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah marah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?



    ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu. Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, "ah gile mung, patoh pinggang!" Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)

    Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, "dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas"....itu je?? harharharharam!!

    Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami.

    Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.

    Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!



    iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.

    Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.



    iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.

    Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday?? Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess



    v) Tak logik punya citer..Brape lama kawen baru bole 'bersama'?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth 'tumbuk sambal'?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia 'tumbuk sambal' kan? hahahha...takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay....kahkahkahakha



    vi ) kari hangus, nasik hangit

    Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..



    vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.

    Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati



    "tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh"

    "owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??"

    Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan



    3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis gadis diluar sana



    Sekian,



    "BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA"







    ( NOWA)

    Pengerusi,

    Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan

    Putrajaya





    rileks...aku tau, ramai lagi yang tak berenti renti share link surat ni kat FB...baca untuk suka suka je kerna ini adalah entry semata mata..aku bukan sakit jiwa, aku bukan tak betoi...takkan la surat gini nak hantar bebetol kat TV3..okeyh?? jgn emo...anggap ini adalah semata mata entry suka suka..okeyh?