Jumlah Lawatan KORANG ! Lawat BANYAK2 Lagi Tau!

Tips Usahawan Berjaya

1. Mengesan peluang


Usahawan sejati memang cepat menghidu sesuatu peluang.
 Lebih cepat menghidu suatu peluang itu maka peluang untuk
 mendapat keuntungan pun semakin besar kerana kalau lambat
 mungkin pesaing telah wujud dan ini boleh mengurangkan jumlah
 keuntungan yang diperolehi.

 2. Hapuskan halangan minda


Ya! Halangan dalam usaha memang banyak. Tapi semua itu dapat
 diatasi sekiranya kita dapat mengatasi satu halangan ini iaitu 'halangan minda'.
 Halangan minda terbesar ialah tidak percaya dengan kebolehan diri sendiri
 menyebabkan langkah pertama pun sukar untuk diambil. Tanpa langkah pertama,
 bagaimana agaknya untuk melakukan langkah-langkah berikutnya.

 3. Tingkatkan kebolehan belajar


Kita mesti cepat belajar. Semakin cepat belajar maka semakin cepat kita
 boleh lakukan. Cuma nasihat saya, jangan belajar terlalu banyak tanpa
 melakukan tindakan. Cara terbaik ialah belajar dan terus praktikkan.

 4. Keluar dari zon selesa


Yang saya maksudkan dengan keluar dari zon selesa ialah sentiasa
 mempelajari skill lain. Contohnya kalau selama ini kita telah selesa dengan
 blogging, mungkin kita belajar pula affiliate. Kalau selama ini kita telah belajar affiliate,
 mungkin sekarang belajar mencipta produk sendiri.

 5. Bina jambatan ilmu


Ini boleh dilakukan dengan mengembangkan rangkaian kenalan kita di kalangan
 mereka yang berpengetahuan. Dengan mengembangkan rangkaian makan kita
  boleh mempelajari pelbagai ilmu lain daripada orang lain.

 6. Melabur untuk minda


Saya rasa ini ramai yang sudah sedia maklum. Pelaburan ini boleh dilakukan
 dengan membeli bahan maklumat terkini dan menghadiri kursus-kursus tertentu.
 Pelaburan minda kalau diaplikasikan akan membawa pulangan yang lumayan.

 7. Bersyukur


Ya! Dengan cara bersyukur kita akan lebih kenal dengan anugerah yang telah
 diberikan kepada kita untuk kita majukan lagi diri kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan