Sebelum menulis blog post ini saya sedang
membuat sedikit kajian tentang pengguna
internet di Malaysia, wah hampir 17 juta
dan hampir 10 juta guna Facebook!
Anda boleh lihat statistik di;
==> http://www.internetworldstats.com/asia.htm#my
Apa yang anda dapat daripada data ini?
"Besarnya pasaran ONLINE ini!"
Ambil peluang ini untuk buat duit tambahan
dengan buat aktiviti-aktiviti online. Anda
boleh tawarkan;
[+] Servis (translation, konsultansi etc)
[+] Produk digital (ebook, video course etc)
[+] Produk fizikal...??
Eh boleh ke jual produk kat internet?
Hakikatnya adalah...
Apa sahaja yang dijual di kedai/pasaraya tempat anda, boleh
dijual di internet!
Jika anda di Sabah, boleh jual gelang mutiara Sabah
untuk orang-orang semenanjung!
Jika anda di Pantai Timur, boleh jual serunding
untuk semua orang di Malaysia!
Jika anda di Perlis, boleh jual mangga Harum Manis
untuk mereka yang di luar Perlis. Sedap tuuu!
Jika anda orang Sarawak, Kedah, Perak, Penang, Terengganu,
Pahang, Melaka, N.9, Kuala Lumpur, Johor, Labuan
atau Pulau Jerjak sekali pun, anda boleh jual apa
sahaja yang unik di tempat anda ke pasaran luar.
Bagaimana caranya?
[1] Cari pembekal di tempat anda untuk harga murah
Psst...sebenarnya anda tak perlu beli dahulu pun,
buat rundingan dengan pembekal jika ada
pembeli baru ambil barang...
Jadi x perlu simpan stok...
"Rahsia" saya sudah terbongkar! Oh!
[2] Buat satu BLOG Jualan di internet
[3] Letak harga (kos+untung anda)
[3] Promosi! Promosi! Promosi!
Orang beli dan anda pos kan kepada mereka. Hulaaa
tak susah pun....
Saya juga jual banyak produk fizikal, sebut sahaja
apa... tudung, baju, produk kesihatan, minyak wangi, buku...
banyak lagi lah termasuk kain batik! Kalau saya
boleh buat kenapa anda tak cuba buat?
Banyak halangan? Apa yang menghalang anda sebenarnya?
Comment blogpost saya apa halangan anda untuk bermula!
Masih berkira kira mau menjual produk apa..
BalasPadamezy sabun pencuci pinggan mangkuk
BalasPadam