Jumlah Lawatan KORANG ! Lawat BANYAK2 Lagi Tau!

[18 SX] Penguat kuasa agama cedera ditumbuk suspek khalwat


BESUT: Seorang pegawai penguatkuasa Syariah Pejabat Agama Besut cedera di muka apabila ditumbuk seorang lelaki yang cuba ditahannya kerana disyaki berkhalwat di sebuah chalet di sini tengah malam tadi.
Pegawai berumur 33 tahun itu bersama dua rakan setugasnya telah membuat pemeriksaan di sebuah bilik chalet di kawasan Air Tawar di sini dan mendapati seorang lelaki berumur dalam lingkungan 27 tahun berada di situ bersama seorang perempuan berumur 17 tahun yang berasal dari Kampung Jerimpong, Kuala Balah, Jeli, Kelantan.

Beliau kemudian mengarahkan pasangan itu mengemas pakaian masing-masing untuk dibawa ke pejabat agama tetapi lelaki berkenaan enggan dan telah menghubungi lima rakannya yang tiba dengan dua buah kereta.
Suspek telah melepaskan tumbukan ke muka pegawai itu dan merampas kad pengenalannya yang dipegang oleh pegawai berkenaan dalam satu pergelutan yang turut dibantu oleh lima rakannya.

Bagi meredakan keadaan, seorang daripada pegawai penguatkuasa Syariah itu melepaskan satu tembakan amaran ke udara menyebabkan suspek dan rakan-rakannya melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Zakaria, ketika dihubungi berkata suspek utama telah ditangkap manakala rakan-rakannya telah dikenal pasti dan polis sedang memburu mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan