Jumlah Lawatan KORANG ! Lawat BANYAK2 Lagi Tau!

OH TIDAK! HARGA TOPUP NAIK 6 PERATOS MULAI 1 JULAI 2011 !!!




credt to http://www.gengblogger.com/v/502922

Sebelum ini isu kenaikan harga barangan sering kita dengar dan alami. Setiap kenaikan harga barangan seperti barangan runcit, perkhidmatan mahupun bahan asli seperti petrol sememangnya sangat menyakitkan khusunya yang berpendapatan rendah dan sederhana.


Namun begitu, baru-baru ini desas-desus yang mengatakan harga topup akan dinaikkan semakin menjadi persoalan. Akhirnya, dengan keputusan muktamad, pada 1 JULAI 2011 nanti, setiap topup pada semua rangkaian telco di Malaysia tidak kira CELOM, MAXIS mahupon DIGI akan dikenakan cukai kerajaan sebanyak 6 peratus!



Sebagai contoh, jika kita membeli topup yang bernilai RM10 maka bermula 1 JULAI 2011 kita akan membeli dengan harga RM10.60! Begitu juga dengan nilai topup seperti RM5,RM30,RM50 ataupon RM100!



Perkara ini disahkan oleh 'orang-orang besar' setiap telco berkenaan. Pengarah dan pegawai eksekutif setiap syarikat telekomunikasi tersebut telah berunding dan bersetuju dengan perlaksanaan tersebut. Tambah lagi, setiap pengguna prepaid di Malaysia akan menerima satu SMS berkaitan kenaikan harga topup itu pada telepon bimbit masing-masing. Dijangka kita akan menerima pada tarikh 25,26,27 dan 28 JUN 2011.



Maka dengan itu bermulalah satu lagi beban yang akan ditanggung oleh rakyat Malaysia. Oleh itu, sama-sama kita nantikan tentang kebenaran laporan ini. Penantian suatu penyiksaan...



p/s:Dah siap beli topup RM10 sebanyak 100 keping tadi..hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan