Jumlah Lawatan KORANG ! Lawat BANYAK2 Lagi Tau!

hamba zaman sekarang

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

Wahai sahabatku..

Assalamualaikum..

Allah swt berfirman: "Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku." (Adz-Dzariyat/51: 56).

Ayat ini mengisyaratkan bahwa tujuan kita diwujudkan dan dihidupkan di dunia tiada lain kecuali untuk beribadah kepada Allah swt.

Itulah tujuan hamba diciptakan.

Tetapi kita jenguk kembali kepada SEBAHAGIAN hamba – hamba Allah zaman sekarang… Saya tidak mengutuk , mengumpat , mencaci , menghina , dan mengejek, tetapi hamba Allah sekarang khususnya yang MELAYU ini sudah banyak tersasar dari tujuan hidup manusia yang sebenar.. Bunuh , buang bayi , berzina , minum arak , judi , 'clubbing' , belasah orang , onani , rempit , mencuri dan merompak seakan – akan sudah biasa dalam kehidupan hari ini. Setiap hari di akhbar, ada sahaja isu – isu yang demikian. Inilah realitinya , HAMBA ZAMAN SEKARANG.

Persoalannya , adakah tidak boleh perkara ini dihentikan?-

Ada ramai rakan – rakan sebaya saya mahupun ibu bapa saya sendiri nyatakan , bagaimana hendak hentikan jika PENGARUHNYA sentiasa ada di mana – mana. Jangan kata pengaruh rakan sebaya, pengaruh di televisyen , wayang dan internet itu sendiri bagaimana?

Sudah tentu ramai orang yang anggap movie/filem REMP – IT , BOHSIA , KONGSI , AKU MASIH DARA , KL DRIFT mahupun KL GANGSTER itu filem yang amat menghiburkan dan banyak aksi – aksi menarik . Tetapi bagaimana pula dengan pengaruhnya  kepada pemikiran remaja? 
Adakah filem – filem tersebut sebenarnya tidak MENGGALAKKAN malah MENGAJAR remaja – remaja ini untuk terpengaruh dan mengikut langkah watak dalam filem tersebut? Fikir – fikirkanlah..

Internet pula , kita tak perlulah berdebat mengenai keburukannya. Laman – laman lucah yang wujud tidak dapat disekat sepenuhnya. Sesiapa sahaja boleh akses laman – laman tersebut. 


Malah yang menyedihkan lagi , ada pula HAMBA – HAMBA ALLAH yang sanggup merakam aksi – aksi lucah mereka , aksi – aksi asmara mereka, atau aksi – aksi PERZINAAN mereka dan memuat naik di internet untuk dijadikan tatapan ramai. 
Seperti HILANGNYA maruah dan HARGA DIRI pada diri seseorang. 

Lebih SATU PERTIGA daripada seluruh pelajar perempuan di Malaysia telah kehilangan DARA sebelum mereka berkahwin. 

Kenapa boleh jadi begini? Adakah mereka lupa tujuan mereka di wujudkan? Adakah mereka lupa janji – janji mereka sebelum mereka diberi nyawa kehidupan? Janji yang dipaterikan di dalam ayat iftitah..:


Fail:DaniAsh Doa+Iftitah.gif
Terjemahan
Allah Maha Besar sebesar-besarnya.
Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya.
Dan maha suci Allah siang dan malam.
Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi,
aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah.
Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam.
Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).




Bayangkan, di hari kiamat kita menghadap Allah Subhaanahu Wa Taala dan ditanya dosa yang telah kita tinggalkan selama sepuluh tahun ( tidak masuk lagi dosa yang kita tetap lakukan sehingga kita mati ) , dan kita pun telah melupakannya. Lalu kita menjawab,
"Wahai Tuhanku, aku telah meninggalkan dosa itu, aku telah melupakannya. " 



Tetapi sudahkah ia bertaubat? Belum!

Maka firman Allah (artinya), "Pada hari ketika mereka dibangkitkan Allah semuanya, lalu diberitakan- Nya kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan. Allah mengumpulkan (mencatat) amal perbuatan itu, padahal mereka telah melupakannya. Dan Allah Maha menyaksikan segala sesuatu." (QS. Al Mujâdalah: 6).



Allah Subhaanahu Wa Taala juga berfirman (artinya), "Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata, "Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang jua pun." (QS. Al Kahfî: 49).



Perhatikanlah pula firman Allah berikut ini, artinya: "Katakanlah, "Hai hamba-hamba- Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri. Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Mahapengampun lagi Mahapenyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)." (QS. Az-Zumar: 53-55).

Marilah kita bertaubat, supaya jangan ada yang berkata ketika ia melihat azab, "Kalau sekiranya aku dapat kembali (ke dunia), niscaya aku akan termasuk orang-orang yang berbuat baik". QS. Az-Zumar: 58).



Perhatikanlah ayat berikut ini (artinya), "Dan pada hari kiamat, kamu akan melihat orang-orang yang berbuat dusta terhadap Allah, mukanya menjadi hitam. Bukankah dalam neraka Jahannam itu ada tempat bagi orang-orang yang menyombongkan diri?" (QS. Az-Zumar: 60).


Di hari kiamat, kita akan melihat wajah hitam orang yang enggan bertaubat dan tunduk pada Allah Subhaanahu Wa Taala. Perhatikanlah, mengapa mereka dikatakan orang sombong? Karena ia enggan bertaubat. Padahal Allah Subhaanahu Wa Taala berjanji akan mengampuni segala macam dosa. Betapa kesombongan telah menghancurkannya karena menolak taubat.


Kemudian, resapilah keindahan susunan Al Qur'an ini: "Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang menyucikan diri." (QS. Al Baqarah: 222).


Renungkanlah, Allah Subhaanahu Wa Taala akan mencintai kita, kalau kita mahu bertaubat. Allah Subhaanahu Wa Taala berfirman (artinya), "Dan Allah hendak menerima taubatmu…." (QS. An-Nisâ: 72).


Lihatlah! Apa yang Allah inginkan dari diri kita? "Dan Allah hendak menerima taubatmu…." Allah menghendaki manusia bertaubat, tetapi pengikut hawa nafsu enggan bertaubat.
 


Jika kita enggan bertaubat, maka Allah Subhaanahu Wa Taala akan menegur, "Dan barangsiapa tidak mahu bertaubat, maka ia termasuk orang yang berbuat zalim." (QS. Al Hujurât: 11).



Hamba zaman sekarang , lihatlah , renung-renungkan lah..taubatlah sebelum terlambat.. Allah Maha Pengampun, sudah tentu Dia akan memaafkan kita tak kira besar mana pun dosa kita. Jangan berputus asa dari rahmat keampunan Allah. Lakukanlah setiap ibadat dengan ikhlas kerana Allah. Jika kita ingin membuat dosa dan maksiat , ingatlah mati. Sesungguhnya kita akan rasa takut..apa yang akan berlaku jika kita mati ketika kita lakukan dosa tersebut? Ke mana kita akan pergi ? Renung – renungkanlah.. dan selamat beramal ...





Saya di sini memohon 1000 kali kemaafan kepada Hamba Ilahi Bernama Mohd Naimul Firdaus kerana menulis entri yang terlalu panjang. Inilah sifat saya , sekali menulis tidak akan berhenti :)


Saya menulis post entri ini kerana dorongan beliau yang menganjurkan peraduan di blog beliau , Hamba Ilahi Bernama Mohd Naimul Firdaus .
Saya sebenarnya baru sahaja menjadi pembaca tetap blog Hamba Ilahi Bernama Mohd Naimul Firdaus sejak beliau mempromosikan blognya di gengblogger.com . Di dalam blog beliau terdapat pelbagai entri yang menarik , bukan sahaja dari topik berkaitan keagamaan, malah tips - tips hebat dan isu - isu semasa turut diketengahkan  .


Dengan ini juga , saya ingin mengajak anda semua untuk turut  sama-sama serta ke peraduan ini khususnya:
~ Steps
~ dunia merepekku
~ mello
~ wany si kechik cinonet
~ colour of life..




Terima kasih kerana sudi membaca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan