Jumlah Lawatan KORANG ! Lawat BANYAK2 Lagi Tau!

DOWNLOAD Drama Bersiri Nora Elena Episod 1-24



Novel Kasih Yang Suci

Nora Elena drama bersiri terbaru Slot Akasia yang ditayangkan di TV3 setiap Isnin-Khamis jam 7-8 malam kini menjadi kegilaan dan sebutan ramai. Drama yang diadaptasi dari Novel Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha ini mula ditayangkan sejak 9 Mei 2011.
Aku mula layan cerita ni sejak episod 10. Hehe…awat lambat sangat baru aku nak follow cerita ni?. Sebab keadaan aku time tu tak mengizinkan untuk aku tonton cerita ni.
Tapi tu tak bermakna aku tak tengok cerita ni dari awal. Aku baru je khatam tonton Nora Elena secara online dari Episod 1 sehingga episod terkini iaitu episod 12 di Tonton, portal web rasmi tv3.com.my. Hehe..best layan cerita ni. Aku buat marathon dengan mak. Mak aku pun suka tengok cerita ni, dah menjangkit dah dengan aku :D


BARISAN PELAKON NORA ELENA
Siti Saleha (Nora Elena)
Aaron Aziz (Seth Tan)
Zul Ariffin (Eid)
Wan Sharmila (Yvon)
Miera Liyana (Miera Tan, adik Seth Tan)
Erry Putra (Inspektor Amir, kawan Seth Tan)
Fateen (Adila, kawan baik Nora Elena)
Selain dari jalan cerita yang diadaptasi dari novel ni, hero yang handsome dan heroin yang cun juga menjadi daya penarik kepada drama ni. Aaron dikatakan romantik dalam cerita ni. Ramai pula wanita-wanita yang nakkan abang ketul-ketul dan romantik macam ni. Ahaks!.


SINOPSIS NORA ELENA
Cerita ni mengisahkan seorang gadis bernama Nora Elena yang trauma kerana telah dirogol ketika berusia 15 tahun. Namun, Nora tidak tahu siapa lelaki yang merogolnya kerana perogol itu memakai topeng. Pada awal cerita ini, Nora sedang sibuk menyiapkan persiapan majlis perkahwinannya dengan tunang tersayang, Saiful Idham atau lebih dikenali sebagai Eid dalam drama ni.
Namun begitu, kemunculan Seth Tan, boss kepada Eid dalam hidup Nora telah menimbulkan salah faham. Eid meragui kesetiaan Nora dan menganggap Nora ada affair dengan bossnya. Sifat cemburu buta Eid menyebabkannya mengambil keputusan terburu-buru memutuskan pertunangannya dengan Nora sedangkan majlis perkahwinan sudah hampir.
Akibatnya, ibu Nora terus jatuh sakit dan keluarganya menanggung malu. Oleh kerana tidak mahu menanggung malu, ibu Nora menyuruh Nora berkahwin dengan Seth Tan yang ketika itu melamar Nora dan sanggup menggantikan tempat Eid.
Penulis Novel Kasih Yang Suci (Meen Zulaikha) bersama Aaron Aziz. Gambar di ambil dari blog Meen Zulaikha

NORA ELENA BEST
Sekali dah tengok drama ni memang nak tengok lagi lah. Hehe..drama ni sangat best. Lakonan Siti Saleha dan Aaron Aziz sangat mantap. Ramai wanita-wanita suka tonton drama ni, terutama sebab watak romantik yang dibawa oleh Aaron Aziz.
Tak sabar rasanya nak tonton episod selanjutnya. Aku memang tak baca novel Kasih Yang Suci tu. Dah lama dah aku tak baca novel sejak kerja ni. Dulu zaman student dulu memang ler kaki novel.
Paling aku tak sabar nak tengok cara Aaron pikat hati isterinya dan bagaimana Nora boleh lembut hati dan menyayangi suaminya. Maklumlah, kahwin tanpa cinta. Paling aku nak tahu reaksi Nora apabila dapat tahu Aaron sebenarnya yang merogolnya. Apalah reaksi Elena agaknya nanti, ek. Huhu…
Download setiap episod dibawah


Episode 1




Episode 2

Episode 3

Episode 4

Episode 5

Episode 6

Episode 7

Episode 8

Episode 9

Episode 10

Episode 11

Tiada ulasan:

Catat Ulasan