Jumlah Lawatan KORANG ! Lawat BANYAK2 Lagi Tau!

Cara Tingkatkan Traffic Blog - Part 2

copy and paste dari http://www.web4bisnes.com/cara-cepat-tingkatkan-traffic-untuk-blog/

Tahukah anda cara cepat nak tingkatkan traffic untuk blog !

Anda sudah memiliki blog, tetapi adakah blog anda dilawati oleh ramai pengunjung. Sudahkah anda semak dalam satu hari berapa ramai pengunjung yang melawati blog anda. Tanpa pengunjung coretan, tulisan, perkongsian atau bisnes online anda tidak ada siapa yang tahu. Akhirnya anda akan menjadi lemah, hampa dan meninggalkan blog tersebut sepi. Kalau kita lihat berapa banyak web yang dulu ada sekarang dah tiada. Jadi macam mana cara cepat tingkatkan traffic untuk blog anda. Salah satu adalah dengan membuat backlinks.

Apa itu backlinks ?

Bahasa mudah backlinks ialah link web atau blog anda yang terdapat di laman web atau blog orang lain. Semakin banyak link anda di laman-laman web lain, peluang untuk mendapat traffic adalah tinggi. Ini adalah salah satu teknik yang masih diguna pakai oleh ramai orang dan yang paling penting Google melihat benda ini sebagai salah satu kaedah untuk PageRank Algorithm.

Cara nak buat backlinks ?

Gunakan kaedah blogwalking, apa tu? Macam mana anda sampai ke sini, tu tandanya anda sudah berjalan-jalan ke blog saya. Rajin-rajin le melawat blog orang lain dan tinggalkan jejak disana. Sekiranya ada ruang komen, tinggalkanlah komen-komen disana. Jangan lupa URL web/blog anda di catit disana. Atau anda boleh membuat pertukaran Links (Link Exchange) dengan web/blog rakan-rakan anda, atau hubungi admin web/blog tersebut yang menawarkan Link Exchange. Mungkin anda ada perasan web/blog yang mempunyai section “Blogroll”, “Links”, “Friends” atau “Friend Networks”. Ha tu le salah satu kaedah backlinks yang boleh tingkatkan dengan cepat traffic blog anda.

Saya tak tahu kat mana nak mula?

Di bawah ni saya ada letakkan beberapa laman forum / blog / web yang boleh anda lawati dan tinggalkan URl anda di sana untuk tingkatkan traffic blog anda.
ps: kalau nak tolong tambah boleh komen kat bawah.

Submit ke web/blog Direktori Percuma!

ps: banyak lagi kalau nak list kat sini, atau anda boleh google ” Free Link Directory”.

Tips cara cepat nak tingkatkan traffic untuk blog!

  • Cari blog atau laman web yang mempunyai PageRank yang tinggi, dan tinggalkan jejak anda disana.
  • Semak samada laman web atau blog yang anda komen tersebut mematuhi “DoFollow” prosedur, kalau tak sia-sia je usaha anda. penat dik.

1 ulasan: